Khamis, 10 Februari 2011

Penghakiman Hanya Terhadap Penerbit, Pencetak

WEB PKR

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat) KEADILAN, Latheefa Koya menjelaskan penghakiman ingkar yang diambil dalam kes saman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhubung isu 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam lidah rasmi parti, Suara Keadilan hanyalah terhadap Pelita Koridor Sdn Bhd dan Percetakan NPK Sdn Bhd.

Beliau berkata penghakiman ingkar tetap diteruskan walaupun pihak terbabit telah memohon penangguhan singkat sementara menyelesaikan perlantikan peguam bagi mewakili mereka.

"Tidak ada penghakiman terhadap empat defendan lain termasuk Presiden KEADILAN Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, dan Dzulkarnain Taib serta wartawan Rusnizam Mahat. Mereka telah menfailkan keterangan pembelaan melalui peguambela Edwin Lim, Suren and Soh.

"Defenden Pelita Koridor dan Percetakan NPK Sdn Bhd akan memohon untuk mengenepikan perghakiman tersebut setelah mereka melantik peguam masing-masing," kata Latheefa.

Tiada ulasan: