Jumaat, 11 Februari 2011

Pelancong Asing Tidak Puas Hati Perkhidmatan Di Barisan Hadapan

MSTAR ONLINE

KOTA BHARU: Ramai pelancong asing yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di barisan hadapan yang terdapat di negara ini, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata kebanyakan pekerja barisan hadapan dikatakan tidak mesra dan memberi layanan yang buruk kepada mereka ketika melancong ke negara ini.

"Saya berkata begini kerana pihak kementerian menerima banyak aduan berkenaan yang diajukan oleh pelancong, hanya kerana sikap pekerja barisan hadapan industri pelancongan kita yang telah melayan pelancong dengan buruk.

"Ingin saya tekankan, pekerja barisan hadapan tidak kira pemandu teksi, agensi pelancongan, jurujual tiket kapal terbang, penjaga kaunter di hotel mahupun rumah penginapan dan juga mereka yang bekerja di tempat tarikan pelancongan, mereka ini melambangkan imej negara, justeru mereka perlu menghormati pelancong-pelancong dan layanlah mereka dengan mesra," katanya.

Beliau berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di sini, Jumaat.

Dr Ng berkata sehubungan itu pekerja barisan hadapan perlu memandang seriustentang perkara tersebut kerana mereka mewakili rakyat Malaysia dan menentukansama ada industri pelancongan di negara ini berjaya dijual atau sebaliknya.

Beliau juga berkata pihaknya menyasarkan lapan pasaran baru berhubung kehadiran pelancong asing tahun ini.

"Tahun ini kita mensasarkan pasaran baru seperti China, India, Australia, Timur Tengah, Rusia, Belgium, Belanda dan juga Britain.

"Untuk semua pelancong asing ini, saya berharap mereka bercuti di Malaysia sekurang-kurangnya lapan hari, satu tempoh yang sesuai bagi mereka mengenali dan betul-betul menikmati keindahan negara ini," katanya.

14 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Kalau mau berlancong, datanglah ke Sabah. Orang Sabah semua ramah-ramah belaka.

Anak Sabah berkata...

Ng Yen Yen perlu memastikan bahawa negara kita sentiasa menarik kepada pelancong. Macam mana nak menarik pelancong jika perkhidmatan seperti ini?

Tanpa Nama berkata...

layanan barisan hadapan akan mengambarkan imej negara kita. oleh itu, berilah perhidmatan yang baik.

madd berkata...

layanan yang baik dan sifat ramah harus ditunjukkan kepada pelancong. ini bagi memberikan imej yang baik kepada negara kita.

Hamdan Hadillah berkata...

Pihak barisan hadapan adalah orang yang pertama menunjukkan sikap kita. Maka jika buruk layanan mereka maka pelancong menganggap yang seterusnya akan buruk juga.

Antanum berkata...

Teruskan usaha untuk mempertingkatkan mana2 yang kurang. Masih belum terlambat untuk melakukan demikian.

Antanum berkata...

Baik sebenarnya mendapat kritikan. Ini adalah kerana kita dapat mengetahu di mana kelemahan kita dan seterusnya dapat memperbaikinya. Pelancongan adalah salah satu pendapatan negara, jadi jangan biarkan masalah yang dapat diselesaikan ini, menghalang kita untuk menarik lagi ramai pelancong.

Jason berkata...

Usaha untuk memperbaiki perkihdmatan di barisan hadapan harus dibuat.

Paquin berkata...

Ya tak kira lah siapapun, perkhidmatan barisan hadapan harus dipertingkatkan bagi memastikan imej negara kekal baik:)

Paquin berkata...

Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.

mike berkata...

maka peningkatan mutu perkhidmatan di barisan hadapan harus dilakukan..

mike berkata...

sebagai rakyat, kita harus bertanggungjawab untuk menjaga imej negara kita di mata para pelancong..

mike berkata...

yang pasti, sesuatu harus dilakukan untuk memperbaiki keadaan ini.

evan medhousky berkata...

bagi meningkatkan kesedaran dikalangan pekerja barisan hadapan dalam industri pelancongan dan yang berkaitan mengenai kepentingan industri pelancongan, kerajaan perlu menggiatkan semula kempen seperti Think Tourism, Mesra Malaysia dan Malaysia Welcomes the World seperti sebelum ini.