Isnin, 7 Februari 2011

Najib temu Adun BN di sebalik ‘demam’ pilihan raya Sarawak

THE MALAYSIAN INSIDER

Najib Razak
MIRI — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini di sebalik desas-desus pilihan raya negeri itu akan diadakan bila-bila masa.

Sarawak sedang membuat persediaan ke arah pilihan raya negeri yang mandatnya akan berakhir Julai ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.

Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri dari Ranum Mina yang merupakan Adun Opar, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).

Semasa ditemui pemberita sebelum itu, Tengku Adnan berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau.

Pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional di Kuala Lumpur 8 Januari lalu, katanya dipetik Bernama.

Tiada ulasan: