Ahad, 20 Februari 2011

Kabinet Bayangan: PM Tak Faham Istilah- Tian Chua

Ditulis oleh Atiqa Samad


SHAH ALAM : Cabaran Datuk Seri Najib Razak agar Pakatan Rakyat(PR) menamakan 'Kabinet Bayangan' menunjukkan Perdana Menteri itu tidak faham dengan istilah berkenaan.

Najib berkata demikian jika Pakatan Rakyat mahu memerintah negara ketika sambutan Tahun Baru Cina, di Dataran Politeknik di Merlimau, Melaka malam tadi.

Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menganggap cabaran ini tidak masuk akal kerana jika 'Kabinet Bayangan' ditubuhkan PR sudah tidak boleh mengubah apa yang telah ditetapkan.

"Perdana Menteri tak faham, kita hanya boleh adakan 'Kabinet Bayangan' bila ada pengakuan dari parti pemerintah termasuk Speaker. Kabinet Bayangan merupakan satu janji kepada rakyat bila kita menang kita akan lantik sekian nama untuk menjadi menteri, dia bukan portfolio, kalau kita kata Kabinet Bayangan, Menteri Kewangan, Tony Pua, maksudnya selepas kita menang tak boleh lantik orang lain.

"Ini tidak pernah berlaku di Malaysia, tak mungkin kita bagi janji ini sebelum kita menang, Najib pun tidak ada Kabinet Bayangan, kalau dia menang hanya rombakan akan dibuat," katanya kepada Tv Selangor.

Menurut Tian lagi, perancangan yang dibuat oleh PR adalah dengan menubuhkan panel bayangan sahaja dan ia telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu, namun kerajaan Barisan Nasional tidak mengiktirafnya, jadi bagaimana Perdana Menteri mencabar PR untuk mewujudkan Kabinet Bayangan.

"Najib pun tak bersedia untuk berunding dan bekerjasama dengan pembangkang jadi ini maksudnya mereka hipokrit bila dia kata kita tak tubuhkan Kabinet Bayangan," katanya.

Beliau juga membidas kenyataan Najib yang menuduh PR merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang hanya pandai membuat gambaran sahaja.

"Kita boleh tunjuk kerana kita telah memerintah di beberapa negeri dan negeri-negeri ini kita bolehlah gambarkan apabila kita memerintah seluruh negara apakah gambaran kasar corak pemerintahan kita," jelasnya.

Tiada ulasan: