Jumaat, 25 Februari 2011

Jadikan orang ramai fobia rasuah – kata PPPR

Walaupun gejala rasuah merupakan jenayah yang serius, masih ada anggota masyarakat yang tidak takut melakukannya.

PUTRAJAYA: Orang ramai perlu ditakutkan agar mereka fobia dengan kegiatan rasuah bagi membendung gejala itu daripada berlarutan, kata anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azman Ujang.

Azman, yang juga bekas Pengurus Besar Bernama, berkata bahawa pada masa ini, walaupun gejala rasuah merupakan jenayah yang serius, masih ada anggota masyarakat yang tidak takut untuk melakukannya.

“Ini adalah sesuatu yang amat bahaya kerana sekiranya sesebuah negara itu boleh jatuh, ia boleh jatuh atau porak peranda kerana rasuah, bukan kerana jenayah, ancaman komunis dan sebagainya dan ini boleh dilihat daripada beberapa contoh sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azman sebelum itu menerima watikah pelantikan sebagai anggota PPPR bagi tempoh 25 Feb 2011 hingga 24 Feb 2013 daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di sini bersama 11 anggota panel yang lain.

Yang lain terdiri Ketua Pengarang Kumpulan Star Publications (M) Bhd Datuk Seri Wong Chun Wai, penulis blog ‘Outsyed The Box’ Syed Akbar Ali, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu, Pengerusi Media Prima Bhd Datuk Johan Jaaffar, Presiden Universiti Limkokwing Tan Sri Dr Lim Kok Wing, Timbalan Setiausaha Agung Kehormat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) Prof Dr Chin Yew Sin.

Bekas Naib Canselor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill Datuk Dr Ishak Tambi Kechik, Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anis Yusal Yusoff, Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Prof Emeritus

Datuk Dr Abdul Rahman Embong, Pengerusi Institut Etika Perniagaan Malaysia Dr Zainal Abidin Abdul Majid dan Pengarah Urusan DC & A Group Sdn Bhd Datuk David Chua.

Azman berkata melalui panel itu, penekanan akan diberikan terhadap usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa rasuah itu adalah jenayah yang besar agar mereka takut melakukannya.

Wong pula berkata isu rasuah tidak mungkin dapat diselesaikan dalam sekelip mata kerana ia merupakan perjalanan yang jauh dan ini memerlukan strategi jangka panjang.


11 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Jadikan kakitangan kerajaan fobia rasuah baru betul.

mandau berkata...

rasuah mmg perlu dibendung.

azman berkata...

rasuah merupakan musuh negara. usaha untuk memerangi rasuah perlulah sentisa dilakukan dari masa ke masa.

Jason berkata...

Everyone should cooperate to eradicate corruption. Say NO to corruption.

Jason berkata...

Make sure the government is free from corruption. That's the most important thing.

Paquin berkata...

Rasuah memang patut dibanteras dan dihapuskan sama sekali.

Paquin berkata...

Semua pihak harus mainkan peranan masing-masing dan pastikan diri menjauhi rasuah.

Hosie Masie berkata...

Saya sendiri juga sokong dengan artikel ini. Buat rakyat fobia dengan rasuah, supaya mereka menjauhinya. Jadi katakan tidak kepada rasuah..Biar hukuman yang berat kepada pesalah rasuah. Melakukan rasuah kecil atau besar tetap mendapat hukuman yang setimpal.

Tanpa Nama berkata...

Not just the people that should be afraid of corruption. This must include the police, politicians, ministers, civil servants...

nickko berkata...

persoalannya, macam mana mahu jadikan orang ramai fobia dengan rasuah?? sepatutnya tindakan memfobiakan rakyat ini bukan ditujukan kepada orang ramai sebaliknya kepada golongan pemimpin atau pegawai2 kerajaan atau pihak berkuasa.

nickko berkata...

selagi masih ada pesalah yang boleh terlepas, selagi itu orang ramai tidak akan pernah rasa fobia lebih2 lagi jika mereka mempunyai kuasa, kedudukan atau wang ringgit. sepatutnya pesalah rasuah dikenakan denda berdasarkan nilai rasuah mereka dan mewajibkan hukuman penjara. rasanya dengan cara itu barulah orang ramai akan fobia untuk terlibat dengan jenayah ini.