Jumaat, 11 Februari 2011

Helah Jumpa Bayi Terbongkar

KELAB GREENBOC

Batu Pahat: Seorang pekerja kilang dan tunangnya ditahan akibat laporan palsu mengenai penemuan bayi di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Gading bagi menutup perlakuan sumbang mereka. Gambar fail

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata lelaki berusia 23 tahun itu membuat laporan pada jam 9.15 malam kelmarin, mendakwa menemui bayi lelaki di tepi jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Ibrahim berkata, suspek mendakwa menemui bayi itu ditinggalkan kesejukan dalam bakul sebelum membawanya pulang ke rumah keluarganya di kawasan berhampiran. “Hasil siasatan mendapati bayi lelaki itu sebenarnya dilahirkan tunang suspek sehari sebelum laporan dibuat.

“Tunangnya yang berusia 22 tahun dari Melaka, melahirkan bayi lelaki itu secara normal di hospital swasta daerah ini.

“Pasangan berkenaan yang bekerja di kilang sama akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan membuat laporan palsu itu bagi menutup kelakuan sumbang mereka hingga melahirkan bayi lelaki. Mereka juga bimbang perkara itu diketahui keluarga,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, di sini, semalam.

Ibrahim berkata, pasangan berkenaan ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat aduan palsu.

Jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bayi terbabit dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Agama Johor untuk tindakan lanjut. -BH

13 ulasan:

jue berkata...

comel bayi ni....kesian jadi mangsa keadaan...ramai org yang usaha bertahun-tahun tapi belum ada rezeki....

Anak Sabah berkata...

Sekurang-kurangnya mereka tidak membuang anak mereka secara kejam. Tapi perbuatan mereka ini memang salah.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya helah mereka berjaya. apapun, syukurlah kerana bayi tersebut selamat.

Jason berkata...

Walaupun ia helah,tetapi mereka tidak membuang anak mereka begitu sahaja.

madd berkata...

nasib baik bayi itu dalam keadaan selamat. harap pasangan tersebut sedar akan kesilapan mereka.

Hamdan Hadillah berkata...

Tanggungjawab haruslah dilaksanakan. Jika itu bayi sendiri kenapa mahu malu??Jaga dengan baik..

Antanum berkata...

Apa yang penting bayi tersebut masih selamat. Syukur kepada Tuhan.

Antanum berkata...

kedua2 mreka perlu dihukum dan diberikan pengajaran yang secukupnya. Agar tidak lagi berlaku perbuatan seperti itu disamping memberi pangajaran kpeda orang ramai agar tidak mencontohi perbuatan ini.

nickko berkata...

jangan cuba2 meremehkan kecekapan pihak polis. sedangkan pesalah yang lari hingga kelubang cacing sekalipun dapat diberkas, inikah pula yang didepan mata. sama sahaja menjerat diri sendiri. sudah buat satu kesalahan ditambahnya lagi satu kesalahan.. tanggunglah sendiri..

mike berkata...

seharusnya mereka bertanggungjawab..berani buat berani tanggung.

mike berkata...

apa pun, diharap tindakan ini tidak ditiru oleh orang lain..

Paquin berkata...

Walaupun dorang guna helah, sekurang-kurangnya mereka tak buang bayi itu :)

Paquin berkata...

Apapun perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Semoga semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi mengelakkan kes ni berulang lagi.