Khamis, 10 Februari 2011

Dr Dzulkefly Ahmad : Najib Cakap Tak Serupa Bikin

TVS NEWS

SHAH ALAM : Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantik mereka yang pernah terpalit dengan salahlaku rasuah dalam mengetuai syarikat berkaitan kerajaan atau GLC disifatkan sebagai cakap tidak serupa bikin.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, keadaan seperti ini jelas menunjukkan negara ketandusan pemimpin yang mempunyai integriti dan mampu memimpin dengan baik.

Sebelum Najib Razak berkata pelantikan bagi mengetuai setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah berdasarkan kemampuan seseorang itu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak terikat kepada sesuatu dasar dalam pelantikan berkenaan, sebagai contoh menolak ahli politik sebagai ketua dalam memimpin sesebuah GLC.

"Negara hari ini yang sangat mengharapkan suntikan integriti diperbaiki dan ditambah baik jelas menunjukkan negara mempunyai masalah dari sudut amalan yang dikatakan good governance. Maka seorang Perdana Menteri yang peka dan sepatutnya memerangi rasuah tidak wajar sama sekali untuk beliau membuat kenyataan
seperti itu kerana sebabnya mudah kerana cakap tidak serupa bikin," katanya.

"Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO sama sekali tidak mengambil kira bahawa melantik seorang yang sudah jelas yang disabitkan kesalahan politik wang dan rasuah akan meninggalkan satu tanggapan salah dari segi amalan rasuah itu tidak dihukum atau pelaku-pelakunya rehat dua tiga tahun maka dapat kembali," katanya.

Dr. Dzul menambah, bukan sahaja mereka yang terpalit dengan rekod rasuah sahaja yang tidak diterima baik dalam komuniti perniagaan tetapi orang politik tidak wajar memegang jawatan seperti itu.

"Orang politik khususnya yang tidak mempunyai banyak pengetahuan dalam bidang perniagaan sangat-sangat dipertikaikan," katanya.

Beliau menegaskan, tindakan ini juga menunjukkan Perdana Menteri tidak mempunyai komitmen dalam merubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Tiada ulasan: