Rabu, 1 September 2010

Panas: Menteri Belia Dan Sukan Tawarkan Diri Letak Jawatan - Susulan Letak Jawatan TKM Dan Umum Keluar Parti

SEDAKA SEJAHTERA

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin, mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) berkuatkuasa serta merta.

Beliau yang juga Naib Presiden LDP berkata, surat peletakan jawatannya sudah dihantar kepada Presiden parti, Datuk VK Liew pagi tadi.

Serentak itu, beliau turut menawarkan diri melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.

9 ulasan:

mantra berkata...

Datuk Peter Pang En Yin meletak jawatan ini kerana tidak bersetuju dgn tindakan LDP yang menolak sebarang kerjasama dengan pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sabah.

Anak Sabah berkata...

Saudara Mantra,

Saya juga berpendapat same seperti anda.

Hosie Masie berkata...

Mungkin beliau begitu malu dengan tindakkan parti LDP itu dengan apa yang dikatakan oleh Chin su phin kepada pengerusi BN. Oleh itu, TKM datuk Peter Pang En Yin mengambil tindakkan ini untuk menarik diri dari untuk keluar dari LDP dan juga meletakkan jawatan sebagai TKM dan menteri belia dan sukan. Tapi apa yang penting, Harap Datuk Peter memikirkan tindakkan ini terlebih dahulu.

Tanpa Nama berkata...

tindakan keluar dari LDP mungkin kerana tidak bersetuju dengan tindakan LDP.

Unknown berkata...

Datuk Peter PAng EN Yin telah mengumumkan keluar Parti LDP dan juga meletakkan jawatan yang dipegangnya sekarang. Ini kerana apa yang berlaku baru ini antara LDP dengan Datuk Musa Aman. Chin Su Phin yang mengeluarkan kenyataan tidak akan berkerjasama dengan Datuk Musa lagi mungkin penyebab Datuk Peter Pang bertindak sedemikian.

Unknown berkata...

Apa pun, Datuk Peter Pang akan tetap berkhidmat dengan kerajaan dan BN. Beliau tetap akan menjadi Keluarga BN. LDP cuba fikirkan yang terbaik untuk semua, berkerjasamalah dengan semua pemimpin BN untuk membangunkan Sabah.

2718 berkata...

agaknya apa respon Chin berhubung dengan peletakan jawatan ini? tindakan Datuk Peter Pang membuktikan keputusan Chin bukan atas persetujuan semua ahli LDP.

Tanpa Nama berkata...

Datuk Peter hnya keluar dari LDP, tapi, beliau terus bersama BN.

2718 berkata...

Chin patut ubah pendiriannya untuk kebaikan semua parti komponen BN di Sabah. beri kerjasama dalam menyelesaikan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat Sabah dan hentikan sebarang konflik yang boleh meretakkan kepimpinan BN di Sabah.