Sabtu, 11 April 2009

Syed Hamid mahu menulis buku

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Tidak lagi menjawat jawatan dalam Kabinet tidak bererti kesibukan harian bekas menteri terhenti sekali.

Memiliki masa yang lebih banyak kini berbanding ketika menjawat jawatan menjadikan mereka kembali menumpukan diri kepada sesetengah perkara yang mungkin sudah puluhan tahun dilupakan.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar umpamanya memberitahu Utusan Malaysia, selepas 19 tahun menjadi menteri sepenuh masa, beliau kini mahu menumpukan perhatian terhadap satu perkara yang paling diminatinya iaitu menulis buku.

“Mungkin ramai tidak ingat pun, tetapi saya pernah menerbitkan sebuah novel bertajuk Di Perjalanan ketika usia saya dalam lingkungan 30-an,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Tiada ulasan: