Selasa, 7 April 2009

Situasi terkini di Bukit Selambau,KeADILan menang!

Bashir Ishak, Izwan & Sabri
(Terkini)


BUKIT SELAMBAU - Sehingga jam 8:40 malam calon KeADILan, S Manikumar mendahului: KeADILan (9,020), BN (8,1,89), Bebas (1,029). Majoriti 831. KeADILan Menang!

8.30 malam:Calon KeADILan, S Manikumar mendahului: KeADILan (8,829), BN (8,021), Bebas (868). Majoriti 808. KeADILan Menang!

8.15 malam: Keputusan tidak rasmi, Manikumar mendahului dengan 2,311 undi.

7.50 malam: Keputusan tidak rasmi, KeADILan mendahului dengan 1,294 undi.

7.15 malam: Keputusan tidak rasmi, calon KeADILan, masih mendahului dengan 937 undi setelah 5 daripada 22 pusat pengundian dihabis kira.

6.30 petang: Sehingga jam 6.30 petang tadi calon KeADILan masih lagi mendahului dengan 700 undi.

5.45 petang:Menurut Pengarah PAS Bagi Pilihan Raya Kecil N.25 Bukit Selambau, Senator Muhamad Yusuf Husin, selepas semua 22 Pusat Pengundian ditutup jam 5:00 petang tadi, sekitar 73 peratus daripada 35,140 pengundi berdaftar bagi PRK tersebut telah keluar mengundi.

Bagaimanapun peratusan itu belum rasmi. Menurut beliau juga, sekiranya culaan di bangsal-bangsal panas Pakatan Rakyat adalah betul bermakna calon Pakatan Rakyat telah mendapat 13,115 undi mengatasi calon BN dan calon-calon Bebas dengan majoriti 1,479 undi.

Jelas beliau, kebanyakan pusat pengundian juga mengalami kesesakan pada waktu rehat tengahari tadi dan kembali stabil pada sebelah petang. Secara keseluruhan, beliau berkata, suasana agak tegang tetapi tidak ada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

5.00 petang: Pusat pengundian telah ditutup dan proses kiraan akan bermula jam 5.30 nanti.

4.45 petang: Sehingga kini sekitar 60 peratus telah turun mengundi. Hujan telah mula turun.Keadaan kesesakan lalu lintas masih berlaku.

4.23 petang: Menurut Malfrel suasana tegang berlaku di SJK Chung Hua apabila Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan dan Karpal Singh tiba untuk melihat kawasan tersebut.

Beberapa penyokong MIC kelihatan begitu marah dan membaling botol minuman ke arah kereta yang lalul di situ termasuk kenderaan orang awam.

4.00 petang: Cuaca mula mendung kelihatan. Mengikut ramalan kaji cuaca, keadaan cuaca sebelah petang adalah mendung dan hujan dijangka turun.

3.30 petang: Sehingga jam 3.30 petang tadi calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar telah melawat pusat pengundian ke-19 daripada 22 kesemuanya di Dun Bukit Selambau.

Masih ada 3 pusat lagi yang belum dilawatinya iaitu Sekolah Dataran Muda, Lubuh Kawah,SK Tamil Kg Rusa dan SK Tamil Sungkup Para.

Tiada ulasan: