Rabu, 22 April 2009

Polis kawal sidang Dun Perak

MYMETRO


TELUK INTAN: Polis akan memastikan tiada sebarang kejadian berlaku menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei ini, kata Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah.

Beliau berkata walaupun pihaknya amat yakin tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku namun sebagai pasukan keselamatan yang diberi tanggungjawab untuk menjaga keamanan negeri ini pihaknya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Polis tidak akan berkompromi ataupun bertolak ansur terhadap segala aktiviti yang dicetuskan oleh mana-mana pihak tertentu sehingga boleh menggugat keamanan serta ketenteraman orang awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Kawad Kor Kadet Polis peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Tiada ulasan: