Selasa, 14 April 2009

'One Malaysia' bukan pembaharuan - Dr Muhammad Nur Manuty

Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR - Presiden Pusat Kajian Modeniti dan Masyarakat Madani (Cesmacs), Dr Muhammad Nor Manuty mendakwa, 'one Malaysia' yang dicadangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak hanyalah idea media untuk memulihkan imej Najib.

Walhal, konsep 'One Malaysia' itu adalah konsep lama yang sudah wujud dalam falsafah perpaduan di negara ini, katanya.

"Idea ini yang saya tahu datang dari penasihat-penasihat kalangan media dalam dan luar negara yang mencadangkannya kepada Najib tatkala krisis kepercayaan kalangan bukan Melayu terhadap BN memuncak," katanya kepada Harakah.

Walhal, konsep 'one Malaysia' ini adalah konsep yang telah dicadangkan pemimpin terdahulu iaitu integrasi kaum untuk mewujudkan perpaduan, ujarnya.

Idea ini baginya tidak nampak sebarang pembaharuan,sedangkan Umno/BN sendiri hari ini masih mengamalkan politik perkauman yang akhirnya mencetus kemelut antara kaum.

Justeru Dr Muhammad Nur merumuskan, idea ini sebagai satu pengulangan konsep lama yang akhirnya tidak akan mengubah apa-apa jika pelaksanaanya gagal._

Tiada ulasan: