Rabu, 8 April 2009

Kabinet Baru Najib

MALAYA DAILY


Kabinet baru yang bakal di rombak menyaksikan beberapa perubahan baru dengan mengecilkan kabinet yang sedia ada. Pengecilan ini di buat menerusi menggabungkan beberapa kementerian selain mewujudkan semula Setiausaha Parlimen yang sebelum ini di mansuhkan.

Najib telah menerima perkenan Yang Di Pertuan Agong berhubung perlantikan baru.

Antara menteri yang bakal di gugurkan adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan yang tewas jawatan Timbalan Presiden MCA.

Selain itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tempatan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri pelancongan Datuk Seri Azalina Othman dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Dua menteri lain yang di jangka akan turut sama di gugurkan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A.Aziz dan juga Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohammafd Yakcop Menteri Perdagangan dalam Negeri. Datuk Shahrir Samad pula sepertimana yang di ketahui meletakkan jawatannya selepas tewas di Pemilihan Umno parti itu.

Tiga Naib Presiden Umno di ramal bertukar portfolio dengan Datuk Ser Zahid Hamidi ke Kementerian Dalam Negeri, datuk Seri Hishamuddin ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala datuk Seri Shafie Apdal ke Kemneterian Pertahanan.

Walaubagaimanapun Menteri Luar Bandar Datuk Seri Dr Rais Yatim walaupun kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden akan tetap di kekalkan dalam kabinet.

Di fahamkan antara kabinet yang baru adalah Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang akan mengetuai Kemnetrian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat manakala Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akan di lantik sebagai senator.

Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis juga di katakan akan kembali dalam kabinet mnakala Timbalan Menteri Kewangan datuk Ahmad Husni Hanadzlah. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hamzah Zainuddin akan di naikkan menjadi menteri.

Manakala Kementerian yang bakal di gabungkan adalah Kementerian Kesenian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang di serapkan ke Kementerian Pelancongan. Kementerian Pengajian Tinggi ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuniti bergabung dengan kementerian Asas Tani.

Tiada ulasan: