Jumaat, 3 September 2021

Pemandu dan kelindan maut, lori bawa muatan baja terjunam ke dalam gaung

  Oleh HARIS FADILAH AHMAD
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan dua mangsa yang maut akibat tersepit di bawah lori dalam kemalangan di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak berdekatan Bentong, Pahang. - IHSAN IPD BENTONG

BENTONG: Dua lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur ke Karak, dekat sini petang tadi.

Mereka yang maut dalam kejadian pukul 3 petang itu ialah pemandu lori, Nazli Misnon, 56, dan kelindannya, Anwar Tushali Arimi Mualimin, 25.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, lori membawa muatan baja yang dalam perjalanan ke Raub, dekat sini tiba-tiba hilang kawalan apabila melalui selekoh di lokasi kejadian. 

“Hasil siasatan mendapati lori berkenaan terbabas ke kiri jalan lalu terjunam ke dalam gaung.

“Akibat kemalangan tersebut kedua mangsa tersepit di bawah lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan1987. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: