WAWANCARA |
PKR telah menggariskan beberapa "parameter" dalam usaha untuk menukar
sokongan ahli parlimen terhadap kerajaan Perikatan Nasional.
Ketika wawancara dalam talian bersama Malaysiakini hari ini, Naib Presiden Chang Lih Kang menyenaraikan tiga parameter iaitu, Mahathir bukan peneraju; memastikan bahawa ahli parlimen yang menyeberang ke blok pembangkang bersetuju dengan "agenda reformasi"; dan mendapat kata sepakat di antara ketiga-tiga parti komponen PH sebelum menerima penukaran sokongan itu.
Mengulas lanjut, Chang berpendapat menjadikan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri akan membolehkan PH mendapat laluan bersih untuk melaksanakan reformasi dan mendapatkan kembali sokongan popular.
"Kami tidak setuju (mempunyai) Mahathir sebagai PM bukan lah kerana kami mahu presiden kami (Anwar) menjadi PM, tetapi kami fikir jika kami diberi satu lagi peluang untuk berada di dalam kerajaan lagi, maka perlu ada permulaan baru.
"Seperti yang telah kami lihat dalam 22 bulan pemerintahan HarapanPH, ada banyak masalah dan beberapa kesilapan. Kami pernah sangat popular di kalangan rakyat selepas PRU14 pada 2018 tetapi kami sangat dibenci pada pilihan raya kecil Tanjong Piai [...]
Chang berpendapat membiarkan Mahathir menjadi perdana menteri selama enam bulan sebelum peralihan kuasa kepada Anwar tidak dapat diterima, terutama semasa krisis kesihatan dan ekonomi akibat wabak Covid-19 yang memerlukan kepemimpinan negara yang stabil.
Halangan tukar PN
Sekutu PKR, DAP dan Amanah pada mulanya menyokong Anwar dengan syarat beliau dapat mengumpulkan cukup ahli parlimen untuk memberi mereka majoriti.
Setelah PKR tidak dapat mencapai sasarannya pada 16 Jun lalu, DAP dan Amanah mahu PKR menganggap Mahathir sebagai calon perdana menteri
Sekutu-sekutu Mahathir berpendapat beliau mempunyai pengaruh untuk memenangi ahli parlimen Malaysia Timur - sokongan blok yang penting.
Bagaimanapun, sekiranya rancangan itu gagal, Chang lebih suka PH terus menjadi "pembangkang yang baik" daripada membiarkan Mahathir menerajui blok pembangkang dan menjadi perdana menteri untuk kali ketiga.
"Kami akan berusaha sebaik mungkin tetapi jika kami tidak dapat sampai di sana, maka kami tidak dapat sampai di sana. Jadi biarkanlah. Kami hanya perlu menerima hakikat bahawa kami tidak mempunyai angka,” katanya.
"Kami sudah menentukan parameter kamu dan kami akan patuh terhadapnya. Kami telah putuskan tidak mahu Mahathir, maksudnya tidak mahu Mahathir sebagai perdana menteri lah," jelasnya.
Berhubung dakwaan DAP dan Amanah, Chang berpendapat bahawa "terlalu awal" mengatakan Anwar gagal meyakinkan ahli parlimen Sarawak untuk menyokongnya sebagai perdana menteri.
"Kami masih bercakap dengan ramai orang. Usaha menjatuhkan pemerintahan pintu belakang masih terus berjalan,” katanya.
PH kini mempunyai 106 kerusi sementara PN mempunyai 116 kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan