Isnin, 9 Disember 2019

Ucapan lantang pemimpin PKR di makan malam WKB akan diteliti – Saifuddin

Shawaliah Hadir
MGF09122019_PERHIMPUNAN-BULANAN-DISEMBER-KPDNHEP13
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap semasa sesi sidang media pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Disember KPDNHEP 2019 di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Presint 2, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI
 

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya akan meneliti semua ucapan lantang barisan pemimpin tertinggi parti itu dalam majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama di sebuah hotel di ibu negara.

Katanya, meskipun mengadakan program atas nama WKB tidak melanggar disiplin parti namun ahli-ahli parti parti sudah tentu akan menilai ucapan-ucapan yang dilontarkan semalam.

“Menganjurkan program atas nama Wawasan Kemakmuran Bersama tidak melanggar disiplin parti dan menganjurkan program itu hak siapa-siapa pun.

“Cuma isi kandungan ucapan kalau berbaur fitnah misalnya itu bergantung kepada mana-mana anggota mereka boleh buat penilaian.

“Jangan under estimate the wisdom of party members. Ahli datang dengan kematangan, ahli tahu tengok tingkah kepimpinan, ahli baca perlembagaan parti, tahu tentang disiplin organisasi mereka, tahu pemimpin yang ada humility, yang sombong .

“Kita akan telitilah perkara itu (ucapan-ucapan itu),” katanya.

Malam tadi berlangsung Majlis Makan Malam WKB yang dihadiri Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perumahan dah Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan beberapa pemimpin kanan PKR termasuk Tian Chua.

Dalam ucapannya, Azmin lantang memperkatakan tentang Kongres Nasional PKR dan antara fokus ucapan beliau adalah gelaran pengkhianat serta kisah Si Kitol yang dipetik oleh presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA: Digelar pengkhianat, kamu belum kenal Azmin sebenar

Azmin turut mengimbau semula perjuangan beliau dan rakan-rakan dalam membela Anwar sehingga terpaksa merengkok di dalam penjara.

Manakala Zuraida yang turut berucap atas kapasiti Naib Presiden parti itu menyatakan kesediaan dipecat jika parti mendapati mereka perlu dikenakan tindakan sedemikian.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan: