Pertubuhan rasis makin biadab, belajar Jawi saja itu pun tak mahu
BANGI
– Tindakan degil Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus
Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru
Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) – gabungannya dikenali sebagai Dong
Jiao Zong – untuk mengadakan persidangan membantah pelajaran tulisan
jawi di sekolah vernakular sangat keterlaluan.
Sebelum ini, Dong Jiao Zong tidak
bersetuju dengan pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi, kononnya
bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan
Pentaksiran (DSKP).
Rata-rata netizen beranggapan pertubuhan
rasis berkenaan hanya mementingkan sesuatu yang mempunyai kaitan dengan
kaum mereka sahaja, tanpa bersifat terbuka dalam pembelajaran.
Pengguna media sosial Facebook yang
dikenali sebagai Haji Aman Haji Kahar berkata, persatuan Dong Jiao Zong
mesti ditutup jika mereka tidak membenarkan pembelajaran tulisan Jawi,
atau hantar sahaja mereka pulang ke negara asal.
“Tutup sahaja Persatuan Dong Jiong Zong
dan SJKC serta SJKT. Jika tak suka tulisan jawi dan Malaysia balik
sahaja kenegara asal masing-masing! Sedarlah kaum immigran hanya pekerja
kontrak!,” tegasnya.
Sementara itu, Rizuan Seman berkata:
“Persatuan ini dah semakin besar kepala. Dah semakin kurang ajar dan
biadap. Patut hapuskan sahaja persatuan macam ini di Tanah Melayu ini,”
tulisnya.
“Isu ni sudah jadi kanser tahap 4. Dari
dulu patut diharamkn dong zong ni.Ramai pakar dan ahli akademik bercakap
mengenai isu ini dari dlu tapi tak didengar,” tulis Nadiah Wan.
Zain Abdul Rahman pula berkata, Dong Zong ini sudah lama tunjuk perangai sejak zaman pentadbiran Barisan Nasional.
“Demi kuasa politik dan harapkn sokongan
semua orang diam. Tak berani dan tiada apa-apa tindakan. Kebanyakan
pemimpin Melayu hanya berani pada bangsa sendiri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan