Banyak aset dijual ketika Bursa Saham Malaysia paling corot
BANGI– Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kerap mengkritik
Pakatan Harapan sekali lagi mempersoal tindakan kerajaan yang menjual
aset negara ketika harga pasaran rendah.
Beliau yang
pernah memegang jawatan Menteri Kewangan dalam pentadbiran dahulu
berkata, persoalan sama diajukan pada Februari yang lalu ketika PH
menjual saham syarikat pelaburan induk negara, Khazanah Nasional Berhad
ketika pasaran Bursa Malaysia tidak baik sehingga mengalami kerugian.
“Saya pernah
tanya beberapa kali mengapa kerajaan PH terdesak sangat nak jual aset
negara pada masa Bursa Malaysia tidak baik dan harga pasaran rendah.
“Jika mahu
jual pun, jual pada masa harga saham tinggi di dalam pasaran Bursa yang
baik. Kali terakhir saya tanya ialah pada bulan Februari tahun ini.
“Tapi dua
bulan kemudian pula, Khazanah menjual 85 juta saham Tenaga dengan harga
RM12.33 pula pada pertengahan bulan April -harga terus jatuh lagi untuk
seketika selepas Khazanah sebagai pemegang saham terbesar jual kerana
pelabur bimbang Tenaga ada masalah -,” katanya dalam satu hantaran di
laman Facebooknya, hari ini.
Pada masa
yang sama Khazanah jual, beliau berkata, penganalisis saham pula
menggesa orang ramai untuk membeli Tenaga dengan harga sasaran jangka
pendek sebanyak RM14.12 satu saham.
Sedangkan harga saham Tenaga mencapai setinggi RM16.10 pada bulan sebelum PRU14, katanya.
“Kini harga
saham Tenaga telah memulih sedikit menjadi RM13.96 minggu lepas. Ini
bermakna kerajaan sudah kehilangan RM139 juta – iaitu 13.2 peratus
daripada harga jualan Khazanah sebanyak RM1.05 bilion.
“Untunglah
siapa yang beli pada bulan April itu dengan diskaun lebih 30 peratus
berbanding harga sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Sudah untung RM139 juta dalam masa 3 1/2 bulan sahaja,” katanya.
Mengulas
lanjut, Najin berkata, sekiranya harga saham Tenaga pulih lagi kembali
ke paras sebelum PRU14, iaitu pada harga RM16.10, kerajaan PH akan rugi
RM321 juta dengan satu penjualan 85 juta saham itu sahaja.
“Masalahnya
ini bukan melibatkan saham Tenaga sahaja. Banyak lagi aset negara telah
dijual oleh PH ketika pasaran lembab semasa Bursa Saham Malaysia adalah
paling corot dalam dunia seperti kes IHH Berhad. Seolah-olah sengaja nak
jual pada ketika harga murah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan