Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Sengaja pekakkan telinga ketepi isu Islam, Melayu dalam pentadbiran
BANGI–
Pendirian jemaah menteri terhadap apa yang disebut mereka ‘usaha
memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam’ di negara ini, jelas
menunjukkan sikap memekakkan telinga dan bodoh sombong kerajaan Pakatan
Harapan (PH).
Mereka
tidak begitu faham apa yang sebenarnya berlaku di kalangan rakyat, tegas
Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan
Melayu sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Katanya,
mereka seolah-olah tidak mahu mendalami bahawa kempen yang digerakkan
ketika ini adalah ‘Kempen Beli Produk Muslim’ bagi membantu ekonomi umat
Islam dan bukannya kempen memboikot produk lain.
“Kabinet
Malaysia buat masa ini bukanlah kabinet yang berwibawa. Menteri-menteri
PH yang mabuk dengan retorik sama rata barangkali tidak faham tekanan
yang dihadapi oleh masyarakat majoriti Islam di bawah.
“Setelah
kerajaan dilihat gagal memberi keadilan kepada mereka untuk mendapat hak
maju bersama bangsa lain, lalu mereka bertindak sendiri untuk membela
nasib mereka,” kata Ustaz Abdullah kepada Ismaweb.net.
Bahkan,
beliau berkata, jemaah menteri secara sengaja memekakkan telinga dan
bersikap bodoh sombong untuk menyepikan isu Islam dan Melayu dalam arus
pentadbiran negara.
Semalam,
Mesyuarat Jemaah Menteri menyifatkan usaha memboikot barangan keluaran
pengusaha bukan Islam di negara ini sebagai sangat tidak wajar.
Jabatan
Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen
perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu.
Katanya,
ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara, sekali gus
meminta rakyat untuk menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia
kerana memberi kebaikan kepada negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan