Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Vida bercakap semasa temubual khas di TV Hijrah, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
KUALA LUMPUR – Gara-gara sukar mempromosi produk keluarannya walaupun
menjadi penaja, jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman bakal
menjadi pengacara program bual bicara tidak lama lagi.
Namun kali ini, beliau yang popular dengan panggilan Datuk Seri Vida
tidak muncul di stesen televisyen berbayar, Astro atau pun swasta iaitu
TV3.
Sebaliknya, wanita berusia 47 tahun itu memilih stesen televisyen kerajaan iaitu TV Alhijrah.
Vida berkata, program yang akan dikendalinya itu berjudul Lavida The Vida dan akan mula bersiaran pada 1 Januari depan.
Jelas beliau, ia akan disiarkan secara langsung selama sejam pukul
10.30 pagi setiap hari selama seminggu dan akan diulang tayang selepas
itu.
“Untuk permulaan kita akan buat tujuh episod dahulu kerana ia merupakan pilot projek. Saya tidak merajuk dengan Astro pun tapi saya perlu cari rancangan yang ada kandungan.
“Astro lebih kepada rating penonton dan TV3 tidak ada slot untuk program live dan saya tidak mahu program rakaman kerana impak program live sangat kuat dan sangat berbeza.
“Yang penting, saya akan menjadi pengacara dan menjanjikan program
yang menarik dan interaktif selain barang koleksi peribadi akan
‘diprelove’ dalam program tersebut serta dapat mempromosi produk-produk
saya untuk diberikan sebagai hadiah,” katanya ketika ditemui
MalaysiaGazette di sini hari ini. Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Vida semasa temubual khas di TV Hijrah, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Ditanya persediaan menjadi pengacara program iu, Vida berkata beliau
akan sentiasa memantau berita terkini tanah air yang menjadi trending
dan tular kerana pihak tersebut akan dipanggil menjadi tetamu jemputan
nanti.
“Program ini ada elemen humor dan saya akan belasah sahaja untuk
berinteraksi dengan tetamu jemputan termasuk artis dan juga anak saya,
Cik Bi,” katanya.
Sebelum ini, usahawan kosmetik itu meluahkan rasa kecewa apabila
mendakwa kehadirannya pada malam final Gegar Vaganza 5 (GV5) ibarat
tetamu tidak diundang.
Bukan itu sahaja, beliau yang juga penaja empat musim GV sebelum ini
turut terkejut dengan layanan ‘team’ produksi program realiti itu.
Insiden itu menyebabkan beliau sudah serik untuk menaja mana-mana program realiti selepas ini.
“Itu antara sebab mengapa saya sudah serik untuk menaja. Kita taja
berjuta-juta tapi apa yang saya dapat… hanya makian dan cacian.
“Beginilah nasib sebagai penaja. Bila anda sudah tidak menaja, anda terus dilupakan,” katanya selepas GV5. Sesi
fotografi bersama Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Vida selepas temubual
khas di TV Hijrah, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Mengimbas insiden tersebut, Vida berkata beliau memang tidak puas
hati namun sudah melupakannya kerana mahu memandang ke hadapan
“Apakan daya, ia sudah menjadi sejarah. Saya kena teruskan hidup agar
bisnes maju ke depan. Kalau saya putus asa, perniagaan akan mendapat
kesan.
“Orang Melayu meniaga macam itu kerana dia ikut mood. Saya tidak mahu
jadi begitu. Hayat sesuatu bisnes dalam lima tahun dan bila sudah kaya
duduk rumah dan pergi bercuti.
“Saya sudah bosan dan tahun 2019 adalah kemunculan saya semula dengan pelbagai perancangan,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan