Rabu, 12 Disember 2018

Suspek utama kes bunuh pencuri pisang dihadapkan ke mahkamah

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA BERANG: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di Kampung Tebakang, Marang, awal Disember lepas.

Tertuduh, Ismail Mohd Don, 38, yang juga pemilik kebun pisang dituduh menyebabkan kematian Salahuddin Ismail, 42, di sebuah rumah di Kampung Tebakang pada pukul 3.15 hingga 4.45 petang 3 Dis.

Ismail yang memakai pakaian lokap berwarna oren dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda kemudian menetapkan 21 Jan hadapan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Marang. Pendakwaaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi.—Bernama

Tiada ulasan: