Sabtu, 1 Disember 2018

SPR nak keluarkan keputusan sepantas Malaysiakini

MALAYSIAKINI

   
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata suruhanjaya itu akan mengeluarkan data keputusan tidak rasmi pilihan raya secepat portal berita Malaysiakini.

"Antara inisiatif yang kami fikirkan ialah untuk mengeluarkan data daripada Borang 14 yang belum disahkan (sebaik sahaja kami terima dari WhatsApp).

"Ini bukan keputusan, ini hanya data yang tidak disahkan daripada Borang 14.

"Malaysiakini dapat data mereka daripada ejen yang sama, jadi kenapa kita tidak boleh lakukan perkara yang sama?" katanya kepada pemberita selepas perbincangan meja bulat mengenai reformasi pilihan raya di Parlimen hari ini.

Tiada ulasan: