Khamis, 13 Disember 2018

Rosmah wanita paling trending 2018 di Google, kalahkan Meghan Markle

Isabelle Leong, Astro Awani
Rosmah wanita paling trending 2018 di Google, kalahkan Meghan Markle
Rosmah menduduki tempat keempat dalam senarai tersebut, mengalahkan Duchess of Sussex, Meghan Markle. - fotoBERNAMA (2015)
 
KUALA LUMPUR: Nama isteri bekas perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merupakan wanita yang paling trending di platform carian utama, Google bagi tahun ini.

Ini merupakan kali pertama nama Rosmah memasuki senarai 10 individu paling dicari dalam kategori “Individu Trending Malaysia 2018”.

Rosmah menduduki tempat keempat dalam senarai tersebut, mengalahkan Duchess of Sussex, Meghan Markle.

Selain Rosmah, suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut disenaraikan.

Malah, Najib merupakan individu yang paling trending dalam senarai tersebut.

Tiada ulasan: