Seorang
penyokong memegang poster ’tolak ICERD’ pada Himpunan Rakyat Bantah
ICERD di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
KUALA LUMPUR – Sepanjang tujuh bulan Pakatan Harapan (PH) mengambil
alih pemerintahan Persekutuan, dua kali cuti peristiwa diumumkan
kerajaan baharu itu.
Sehubungan itu, kenapa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang
mana partinya, PKR turut menganggotai kerajaan Persekutuan tidak
mempersoalkan pemberian cuti itu.
Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan
menegaskan, kenapa apabila kerajaan Pas Kelantan mengumumkan cuti
peristiwa kepada rakyatnya pada 9 Disember ini, dipersoalkan.
Beliau menjelaskan, memberikan cuti peristiwa adalah sesuatu yang
normal dilakukan oleh pihak kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri. Shahir Adnan
“Selalunya cuti itu diberikan untuk meraikan sesuatu kemenangan, contohnya kemenangan merangkul piala bola sepak.
“Seawal memegang tampuk kuasa, kerajaan PH memberikan cuti peristiwa
selama dua hari. Adakah pihak pemuda Pakatan Harapan lupa perkara ini?”
katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.
Pagi tadi, Naib Ketua AMK Pusat, Syed Badli Shah Syed Osman dalam
kenyataannya kepada sebuah portal mesra pembangkang dilaporkan berkata,
tindakan kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa semata-mata untuk
menggalakkan rakyat menyertai himpunan tersebut bukan sahaja tidak masuk
akal, malah boleh menjejaskan produktiviti kerajaan negeri.
Katanya, sebuah kerajaan tidak seharusnya dilibatkan untuk sesuatu himpunan berunsur politik.
Mengulas lanjut, Shahir yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gagasan
Sejahtera (GS) menyatakan sokongannya berhubung gesaan semua pihak yang
mengajak seluruh rakyat Malaysia turun berhimpun pada Sabtu ini bagi
meraikan kemenangan tidak meratifikasikan ICERD.
“Kita juga menyokong penuh keputusan kerajaan Pas Kelantan memberikan
cuti peristiwa kepada rakyat negeri itu untuk hadir ke perhimpunan di
ibu kota Kuala Lumpur sempena meraikan kemenangan rakyat.
“Dengan ini, saya menggesa Pemuda AMK, terutama Syed Badli menarik
balik kenyataan tidak matang beliau terhadap kerajaan Kelantan,”
ujarnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan