PETALING JAYA: PKR hari ini mengumumkan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai pengerusi parti itu di Pulau Pinang menggantikan Datuk Dr Mansor Othman.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pelantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh dibuat berikutan perbincangan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpinan bahagian di negeri itu.
“Pelantikan untuk jawatan lain akan diumumkan kemudian,” katanya alam satu kenyataan.
Pada Ogos lepas, FMT melaporkan tentang spekulasi yang tersebar mengatakan naib presiden PKR itu akan dipilih sebagai pemimpin parti di Pulau Pinang, sewaktu anggota mahu Mansor diketepikan.
Difahamkan, anggota PKR tidak senang dengan kegagalan Mansor “mempertahankan” kepentingan PKR dalam kerajaan negeri yang dukuasai oleh DAP, terutama pelantikan pemimpin DAP ke jawatan kerajaan berikutan kmenangan PH dalam pilihan raya.
Selain Nurul, PKR turut mengumumkan pelantikan 13 ketua parti itu, iaitu Farhash Salvador Rizal Mubarak; Aminuddin Harun (Negeri Sembilan); Johari Abdul (Kedah); Chtistina Liew Chin Jin (Sabah); Zahir Hasan (Kuala Lumpur); Halim Bachik (Melaka); Hassan Abdul Karim (Johor); Azan Ismail (Terengganu); Amran Kamaruddin (Perlis); Amiruddin Shari (Selangor) Mohamad Supardi Md Noor (Kelantan; Baru Bian (Sarawak) dan Fuziah Salleh (Pahang.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan