Rabu, 12 Disember 2018

MCA BOLEH “BERSEMADI DENGAN AMAN” TANPA UMNO

Wartawan Watan-Online
 



Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Nazri Aziz menempelak MCA yang mahu gabungan BN dibubarkan, namun hakikatnya mereka “takut”.

Jelas Nazri MCA hanya tahu cakap besar kerana yakin tanpa UMNO parti itu akan bersemadi dengan tenang.

Memetik laporan sebuah portal berita, MCA sebenarnya sangat takut sekiranya BN dibubarkan,

“Mereka (MCA) betul-betul takut. Mereka hanya bercakap besar, apa saja yang berlaku didakwa salah UMNO,” katanya kepada portal berkenaan.

MCA pada Mesyuarat Agungnya baru-baru ini meluluskan resolusi meminta supaya BN dibubarkan bagi membolehkan gabungan baru dibentuk.

Menurut Presiden MCA, Wee Ka Siong pakatan baru itu akan ditubuhkan pada masa yang sesuai.

Tambah Wee, hampir semua perwakilan pusat MCA yang menghadiri mesyuarat tertutup itu mengangkat tangan sebagai tanda bersetuju dengan resolusi itu berkenaan.

Sementara itu, Nazri berkata, jika MCA tidak berpuas hati dengan BN langkah yang terbaik boleh diambil mereka ialah keluar daripada gabungan berkenaan.

“Kalau UMNO kata tidak, apa yang mereka boleh buat?

“Saya tahu mereka tak berani meninggalkan UMNO kerana tahu tak, kalau mereka meninggalkan UMNO, saya rasa kamu boleh ucapkan selamat bersemadi dengan tenang kepada mereka,” katanya.


Tiada ulasan: