Selepas memperlekeh Himpunan Daulat 812, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sekali lagi tampil dengan dakwaan yang dilihat melaga-lagakankan parti UMNO dan PAS.
Menurut Kit Siang, himpunan bagi menyatakan kesyukuran terhadap perjuangan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) itu menjadikan PAS lebih berpengaruh selepas mendapat lonjakan daripada UMNO yang semakin lemah.
“Yang menang besar dalam perhimpunan anti-ICERD di Kuala Lumpur tempoh hari lalu lalu ialah PAS, yang telah berjaya mengalihkan melalaikan orang ramai daripada hakikat bahawa presidennya Datuk Seri Hadi Awang telah membawa PAS dari kedudukannya sebagai sebuah parti nasional di bawah kepimpinan Fadzil Noor, menjadi suatu parti politik kedaerahan pada PRU ke-14.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang kini bercita-cita lebih tinggi setelah memperlihatkan seteru tradisinya dalam keadaan lemah sehingga memerlukan bantuan parti pimpinannya itu.
“Sekarang Hadi tidak boleh berpuas hati menjadi ‘king-maker’ kepada UMNO untuk terus memerintah Malaysia, kerana beliau sendiri mahu menjadi perdana menteri dalam sebuah senario politik di mana UMNO lebih memerlukan PAS, berbanding keperluan PAS terhadap UMNO,” ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan