Isnin, 3 Disember 2018

Mahkamah tolak reman tambahan, Papagomo dibebaskan?

Manzaidi Mohd Amin

Papagomo yang memakai pakaian lokap dibawa keluar dari IPD Sepang dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan reman tambahan.
Papagomo yang memakai pakaian lokap dibawa keluar dari IPD Sepang dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan reman tambahan.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini, menolak permohonan polis untuk menyambung reman tambahan tiga hari terhadap Papagomo.

Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris itu turut diarahkan dibebaskan sebelum jam 5 petang ini.

Menurut sumber dari penyokong blogger itu yang dikenali sebagai AbuLeman, berikutan keputusan mahkamah itu, Papagomo akan dibebaskan di Balai Polis Sepang.

“Sahabat-sahabat dijemput untuk berkumpul menyatakan soladiriti khususnya kepada Papagomo dan secara amnya kepada perpaduan ummah.

“Masa berkumpul 3.30 petang. Turut akan hadir, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki,” katanya.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan polis telah menahan pengendali blog Papagomo selepas blogger itu memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: