Kumpulan anti kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced
Materials Plant (LAMP), Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) mendakwa
mempunyai bukti wujud penyelewengan berhubung kilang itu.
"Kami mempunyai dokumen setebal 117 halaman... banyak unsur yang boleh membuktikan ada penyelewengan. Kita akan bawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila sampai masanya," katanya pada sidang media di Kuantan, hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan tarikh laporan SPMRM itu akan dibuat selain enggan mendedahkan lebih lanjut akan dakwaan berkenaan.
Tan seterusnya mengulangi desakan agar ahli politik yang memperjuangkan isu LAMP sebelum pilihan raya umum lalu mengotakan janji walaupun perkara berkenaan tidak terkandung dalam manifesto.
Sementara
itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Semambu Lee Chean Chung yang turut
hadir meminta kerajaan membuat keputusan yang tegas dan bukan “separuh
masak” berhubung isu LAMP.
"Jangan terima sahaja pelaburan yang datang. Kita menggesa supaya Kabinet akur kepada kehendak dan pendirian rakyat. Sebaiknya, Kabinet dengar dengan hati terbuka dan buat keputusan yang terbaik untuk rakyat," katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan