Sabtu, 8 Disember 2018

'Kita sudah menang!'

MALAYSAKINI

   

Seperti di janjikannya pelakon Ellie Suriati Omar hari ini hadir dengan berbaju kebaya dan selendang putih untuk menunjukkan sokongan kepada himpunan kesyukuran Icerd.

Menyertai pelakon, penulis skrip dan pengarah itu ialah beberapa pelakon drama.

Mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan dari depan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Turut kelihatan di situ ialah Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan.

Sambil bergerak menuju ke Dataran Merdeka Ellie dan kawan-kawannya turut bersorak.

"Ayuh! Ayuh! Ayuh Melayu. Hari ini kita sudah menang!" kata mereka.

Tidak ketinggalan mereka juga nampak bersemangat bertakbir dan berselawat.


Tiada ulasan: