Selain menyifatkan langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu tidak meratifikasikannya pada masa ini sebagai satu langkah yang tepat.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpendapat ICERD mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melangkah ke depan dalam menyertai komuniti global dalam mendukung hak asasi manusia.
Malaysia katanya, tidak boleh meratifikasi ICERD sehinggalah majoriti rakyatnya menyokong triti itu dan memahami yang ia tidak mengancam mana-mana kaum, agama atau Perlembagaan Persekutuan.
“Malaysia adalah negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum.
“Justeru, untuk menjadi sebuah negara yang harmoni kita perlu membebaskan negara ini dengan prinsip masyarakat majmuk itu.
“Jadi kita kena ratifikasikan ICERD, tetapi biarlah majoriti rakyat menyokong” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggunakan pentas menyampaikan ucaptama pada program bual bicara ‘Malaysia Baharu, Politik Lama’ di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Jumaat.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut menjadi panel program berkenaan bersama tiga lagi ahli panel iaitu Pakar Ekonomi, Profesor Jomo Kwame Sundaram dan Edmund Terence Gomez serta bekas ketua pegawai operasi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea), Tricia Yeoh.
Kerajaan PH pada 23 November lalu membuat keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD setelah mendapat tentangan hebat masyarakat Melayu, Islam di negara ini.
Esok, puluhan ribu umat Islam dijangka akan berkumpul di Kuala Lumpur bagi menghantar isyarat membatah usaha kerajaan untuk meratifikasi Icerd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan