Rabu, 19 Disember 2018

Kes kuil: PDRM cari 38 individu

Wartawan MalaysiaGazette
xsuspek-1-681x463

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan sekumpulan 38 individu lagi bagi membantu siasatan berhubung rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

suspek 2

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kesemua mereka terbabit diminta tampil bagi membantu siasatan.

suspek 3
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu-individu tersebut juga diminta menghubungi pihak polis.

suspek 4
Mereka boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, DSP GK Shan Gopal (019-2714387), ASP Siasatan Perundangan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ASP S Neeraj Durai (016-3565622) atau Inspektor (D13) Siasatan Databank DNA JSJ IPK Selangor, Insp Norsiah Hussin (012-7989973) atau mana-mana balai polis berhampiran.-MalaysiaGazette


Tiada ulasan: