Muhafandi Muhamad, Astro Awani
KOTA BHARU: Kerajaan
Kelantan mengisytiharkan 9 Disember ini sebagai cuti peristiwa sempena
penganjuran Perhimpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bertujuan memberi peluang kepada rakyat negeri ini menghadiri perhimpunan tersebut yang bakal diadakan pada 8 Disember di ibu negara.

“Kita hendak ambil (umum) cuti peristiwa pada 9 haribulan, Ahad ini,
untuk memberi peluang kepada rakyat kita, untuk sama-sama hadir ke
perhimpunan aman (ICERD) di Kuala Lumpur, pada 9 haribulan, kita umum
cuti peristiwa,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di
Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menasihatkan penyokong parti itu yang hadir ke perhimpunan tersebut supaya menjaga tingkah laku, dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang mungkin timbul.
Beliau menjangkakan hampir 100 ribu penyokong Pas dari negeri ini bakal hadir ke perhimpunan tersebut.
Menurutnya lagi, Pas menggunakan khidmat lebih 10 ribu anggota Unit Amal yang akan membantu pasukan keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan lancar.
Himpunan bantah ICERD dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini dan dijangka dihadiri lebih 500,000 rakyat melibatkan pelbagai latar belakang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan