Rabu, 5 Disember 2018

JUAL PETRONAS : UMNO KECAM KERAKUSAN PH

Wartawan Watan Online

Ekuiti syarikat Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS) milik negara menjadi sasaran mangsa seterusnya untuk dijadikan ‘korban’ kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi memperolehi pendapatan mudah.

Sebelum ini ekuiti konglomerat hospital IHH Healthcare Bhd. (IHH) telah dijual kepada Mitsui, Jepun. Sebanyak 16 peratus atau 1.40 bilion saham IHH yang dimiliki Khazanah Nasional (Khazanah) dilupuskan membabitkan pertimbangan tunai RM8.42 bilion atau RM6 sesaham.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr, Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa UMNO mengecam dan tidak akan bersetuju perkara itu berlaku pada PETRONAS kerana ianya merupakan aset negara.

Menurut beliau, laporan beberapa media antarabangsa bahawa kerajaan PH sudah memulakan pelan bagi melupuskan 25 peratus ekuiti kerajaan dalam Petronas melalui penyenaraian awam di bursa saham.

“Tindakan ini dijangka memberi pulangan dana RM200 bilion kepada kerajaan PH. Kita bimbang jika perkara ini menjadi kenyataan.

“Penjualan ekuiti perlu dielak­kan bagi membolehkan Petronas terus berperanan sebagai rizab dan khazanah negara pada masa hadapan. Kita tidak bersetuju jika penjualan ini dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur , Selasa.

Mengulas lanjut, Shamsul A­nuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, Petronas perlu kekal sebagai rizab kepada ne­geri-negeri pengeluar mi­nyak seperti Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Katanya, Petronas tidak seharusnya dijadikan bahan daga­ngan untuk keuntungan pihak swasta dan kepentingan syarikat asing.

“Petrol itu memanglah bahan dagangan, tapi bukan Petronas. Petronas adalah sebuah syarikat negara, syarikat kebangsaan yang menjadi lambang kedaulatan negara. Menjual Petronas sama seperti menjual negara.

“Tindakan menjual ekuiti kepada pelabur luar negara bukan langkah yang bijak apatah lagi selepas Petronas memiliki aset yang sudah melebihi sekali ganda dari aset asal manakala aset wang tunai sudah melambung kepada RM150 bilion sebelum (kerajaan) diambil PH,” katanya.



Tiada ulasan: