Sabtu, 8 Disember 2018

Himpunan bantah Icerd tamat sejam lebih awal

 
   
Perhimpunan kesyukuran dan bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) berakhir dengan aman.

Malah ia selesai kira-kira sejam lebih awal daripada waktu yang diizinkan pihak berkuasa.

Berdasarkan kebenaran dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) penganjur dibenarkan berhimpun antara jam 2 hingga 6 petang.

Bagaimanapun ada kemungkinan himpunan tersebut diakhir pada jam 5 petang disebabkan keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan.

Hujan renyai-renyai - sebelum bertambah lebat - berlaku ketika Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan selepas berehat untuk azan Asar.

Himpunan hari ini dimulai dengan ucapan daripada pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan kemuncak perhimpunan menampilkan dua pemimpin utama parti Melayu Islam iaitu, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi.

Perserta beransur-ansur meninggalkan perhimpunan itu sebaik selesai Abdul Hadir berucap apabila hujan mula membahasi kawasan sekitar.

Perjalanan perhimpunan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian ataupun insiden tidak diingin.

Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar menolak Icerd dan doa oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh.

Ahmad Zahid dalam ucapannya sebelum itu mendakwa 500,000 orang Melayu turun pada perhimpunan bantah Icerd kali ini.

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, melaungkan azan asar ketika majlis dihentikan buat seketika bagi menghormati waktu solat.

Suasana di sekitar Dataran Merdeka kembali tenang pihak pengajur dilihat membersihkan kawasan perhimpunan berkenaan.

Tiada ulasan: