KUALA LUMPUR – Polis menahan enam lagi individu hari ini berhubung
kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang
Jaya, Isnin lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata tangkapan terbaharu dibuat sekitar Lembah Klang awal pagi ini, menjadikan jumlah tangkapan kini berjumlah 48 orang setakat ini.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan jumlah tangkapan berhubung insiden kekecohan di kuil berkenaan meningkat 12 orang menjadikan jumlah tangkapan 42 orang, berbanding 30 orang seperti yang didedahkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Mohd Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.
Kejadian itu juga menyebabkan kecederaan kepada beberapa anggota keselamatan dan orang awam selain kemusnahan beberapa buah kenderaan dan premis perniagaan serta gangguan kepada ketenteraman awam. – Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan