Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini
mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Presiden Umno, Dr
Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu, Julai lepas.
“Ya. Memang ada ‘report’ dibuat kepada SPRM. Jadi, kita akan lihat kepada ‘report’ ini dan sekiranya memang ada unsur-unsur rasuah, SPRM akan menjalankan siasatan.
“Baru sahaja diterima Jumaat… Jadi tindakan akan diambil secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Laporan terhadap Ahmad Zahid itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Ia mendakwa presiden Umno itu telah menyogok anggota-anggota parti itu bagi memenangi jawatan presiden sewaktu pemilihan parti.
Laporan itu turut menyatakan mempunyai nama-nama saksi terlibat termasuk bukti-bukti seperti gambar dan dokumen.
Dakwaan Zahid sogok pemilihan Umno dilapor ke SPRM- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan