ISMA WEB
Usah letak beban kesalahan sendiri kepada Rasulullah ﷺ: MUIS
BANGI
– Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad
diingatkan supaya tidak meletakkan bebanan kesalahan yang dilakukan
parti politik itu kepada Rasulullah ﷺ.
Ahli
Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Ahmad Sanusi berkata, analogi yang
mengaitkan janji manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan kisah
umrah Rasulullah ﷺ adalah tidak tepat.
Beliau
dalam satu kenyataan berkata, ini kerana keluarnya Rasulullah ﷺ untuk
menunaikan umrah pada waktu Hudaibiyyah dikira sebagai umrah, dan ia
direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam sahihnya.
“Daripada
Saidina Anas, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah menunaikan
Umrah sebanyak empat kali, kesemuanya di dalam bulan Zulqaedah melainkan
Umrah yang dilakukan bersama ibadah Haji Baginda. Umrah yang pertama
adalah Umrah daripada Hudaibiyyah, atau Umrah ketika waktu Hudaibiyyah
pada bulan Zulqaedah…,” katanya.
Beliau
berkata demikian mengulas kenyataan Khalid hari ini yang memberi contoh
kisah Rasulullah ﷺ bagi merujuk kepada kegagalan Pakatan Harapan (PH)
menunaikan janji manifesto pilihan raya lalu.
Khalid pada ucapan pengulungan Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina, di Ipoh hari ini dipetik sebagai berkata:
“Ada orang
kata, kita tidak tunaikan janji. Nabi ﷺ pun dulu pernah bawa sahabat
dari Madinah nak ke Makkah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi
dihalang. Sampai di Hudaibiyah, tidak dapat. Itu nabi! Apalah janji
manifesto yang dibuat oleh manusia biasa.”
Mengulas
lanjut, Dr Ahmad Sanusi berkata, Imam Ibn Hajar dalam huraian hadis
berkenaan menyatakan bahawa umrah pada hari Hudaibiyyah itu juga dikira
sebagai salah satu umrah yang empat dilakukan oleh Rasulullah ﷺ.
Beliau
menjelaskan, menurut Ibn Hajar, umrah itu tidak dianggap sebagai umrah
yang rosak yang perlu di qada, bahkan, ia adalah sempurna.
“Atas
sebab itu umrah Hudaibiyyah dianggap sebagai umrah yang empat yang
pernah ditunaikan oleh Rasulullah ﷺ seperti yang dinyatakan dalam hadis
al-Bukhari di atas.
“Pendapat
yang sama turut disuarakan oleh al-Imam Ibn al-Qayyim di dalam Kitabnya
Zad al-Maad yang meletakkan umrah Hudaibiyyah sebagai umrah yang pertama
Baginda setelah hijrah.
“Beliau
seterusnya menjelaskan, apabila Qurasyh menghalang Rasulullah ﷺ, Baginda
menyembelih al-Budn (unta Baginda), kemudian Rasulullah ﷺ mencukur
kepala, dan bertahallul dari ihram mereka dan pulang ke Madinah,”
katanya.
Katanya,
melalui huraian Ibn Hajar dan Ibn al-Qayyim itu, jelas menunjukkan
bahawa Rasulullah ﷺ menunaikan umrah pada Hudaibiyyah.
“Dakwaan
yang menyatakan Rasulullah tidak menunaikan janji kerana dihalang oleh
Quraysh tersebut adalah dakwaan yang tidak tepat.
“Akhir sekali, janganlah kerana kesilapan kita, bebanan ini diletakkan kepada Rasulullah ﷺ,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan