
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengenakan semula
denda RM10 juta setiap satu kepada syarikat penerbangan negara, Malaysia
Airlines Sistem Bhd dan syarikat pesawat tambang murah, AirAsia kerana
melanggar peraturan mengenai persaingan.
"Oleh yang demikian mahkamah memerintahkan keputusan terdahulu yang dibuat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) perlu dikenakan semula dan saman itu hendaklah dibayar," katanya.
Hakim Nordin bagaimanapun tidak memutuskan tempoh masa syarikat penerbangan itu sepatutnya membayar denda tersebut.
Bagaimanapun, Nordin memerintahkan MAS dan AirAsia masing-masing membayar RM10,000 kepada MyCC.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
Hal ini meski pun MAS dan AirAsia berhujah sudah terdapat Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bagi mengawal selia industri.
"Tidakan MyCC dibuat sebelum pembentukan Mavcom pada 2014. Justeru, mahkamah memutuskan MyCC memiliki hak di sisi undang-undang untuk memfailkan prosiding semakan kehakiman ini," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan, Iskandar Ismail mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi itu kerana ia ditugaskan untuk memastikan persaingan yang adil dalam perniagaan.
"Keputusan hari ini menjelaskan mengenai semua keraguan bahawa dua syarikat penerbangan ini dituntut membayar denda tersebut.
"Walaupun mahkamah tidak memutuskan bila mereka perlu membayar denda itu, namun kedua syarikat tersebut perlu membayar denda berkenaan," kata Iskandar.
Langgar larangan perjanjian kongsian pasaran
Hakim Hasnah Mohamed Hashim (sekarang hakim Mahkamah Rayuan) yang mengetuai tribunal tersebut mengumumkan keputusan itu.
Anggota Tribunal Rayuan Persaingan termasuklah, Hakim Besar Malaya Haidar Mohamed Noor, Dr Sulaiman Mahbob, Dr Lin See-Yan dan Dr Wan Liza Md Amin.
Suruhanjaya itu mengenakan denda berkenaan pada 31 Mac 2014, selepas mendapati MAS dan Air Asia melanggar larangan terhadap perjanjian perkongsian pasaran di bawah Seksyen 4 (2) (b) Akta Persaingan 2010.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan