Selasa, 2 Oktober 2018

WASPADA USAHA PENGHARAMAN UMNO – ZAHID




UMNO perlu bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang akan dikenakan terhadap parti itu termasuk cubaan untuk mengharamkan parti dominan orang Melayu itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap kemungkinan telah diambil kira bagi melindungi parti daripada segala tindakan yang mungkin diambil.

“Saya melihat berbagai perspektif dalam mengendalikan sesebuah organisasi jadi saya melihat beberapa kemungkinan.

“Jadi, kita perlu berwaspada terhadap tindakan yang dipakukan dari luaran mahupun dalaman,” katanya dalam satu sidang media selepas tamat Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU 2018) di PWTC pada Ahad.



Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan, Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO, PAS dan beberapa parti dalam komponen Pakatan Harapan (PH), Ahmad Zahid berkata isu tersebut sudah selesai.

“Tiada kerajaan campuran, isu tersebut sudah selesai.

“Setakat ini UMNO akan kekal menjadi pembangkang yang efektif dan berwibawa,” ujar beliau.


Tiada ulasan: