Sabtu, 13 Oktober 2018

Siasat juga Husam, kata Presiden PAS

DENYUT REPORMASI






MARANG: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Husam Musa berhubung dakwaan pemindahan dana RM2.5 juta oleh Umno kepada PAS.

Dalam pada itu, beliau menegaskan PAS sentiasa terbuka para pemimpinnya sama ada Menteri Besar atau negeri untuk disiasat oleh SPRM sekiranya wujud salah laku.

"Kita juga berharap siasatan juga dilakukan ke atas Husam yang telah keluarkan kenyataan. Apa dia buat masa dia jadi Exco dulu,” ujarnya kepada media selepas Program Kesedaran Kepentingan Immunisasi Daerah Marang di Dewan Tok Guru, Rusila, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu turut menjelaskan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa dalam PAS dan menyifatkan dakwaan sebegitu adalah fitnah semata-mata.


Tiada ulasan: