Mohd Rashid –Foto Sinar Harian
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, perubahan itu dibuat bersesuaian senioriti Anwar dalam parti.
"Saya tahu kedudukan penyandang Port Dickson sebelum ini di belakang sekali. Tapi tak kan Anwar nak duduk belakang sebab beliau Presiden PKR.
"Jadi akan ada perubahan mengikut senioriti beliau dalam parti. (Dijangka duduk sebaris siapa?) Saya tak boleh beritahu lagi tapi dia akan diberikan di barisan hadapan sebaris dengan pemimpin parti,” katanya kepada Sinar Harian dalam temubual khas di Parlimen, semalam.
Menurutnya, upacara mengangkat sumpah dijadual pada 15 Oktober ini, sehari selepas hari pengundian.
Difahamkan, Anwar akan ke luar negara pada 14 Oktober ini dan dijangka pulang sebelum majlis mengangkat sumpah tersebut.
"Setakat ini sebagaimana yang dimaklumkan di Port Dickson, majlis angkat sumpah itu pada 15 Oktober nanti.
"Tapi 14 haribulan itu beliau akan ke luar negara untuk beri ucapan di IPU, saya ada cakap dengan beliau supaya pastikan balik ke Malaysia pada Isnin itu ‘in a piece’. Saya harap beliau sempat balik,” katanya.
Menceritakan perbualan ringkasnya dengan Anwar baru-baru ini, Mohd Rashid memberitahu Presiden PKR itu akui sudah bersedia untuk kembali ke Parlimen.
"Saya tanya dia, Datuk Seri dah sedia angkat sumpah? Beliau cakap, ‘ya... ya... sekarang tanggungjawab kamu untuk pastikan saya diuruskan untuk berada di Parlimen secepat mungkin’,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan