Isnin, 8 Oktober 2018

Jabatan Kesihatan siasat dakwaan 'laksa pembunuh'

MALAYSIAKINI

   

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kes dakwaan mati akibat makan laksa yang tular di Facebook semalam sedang disiasat oleh Jabatan Kesihatan di Kedah dan Perak.

Menurut beliau, hal itu disebabkan kejadian tersebut melibatkan mangsa di kedua-dua negeri tersebut, lapor beberapa media.

"Siasatan masih dilakukan untuk kenal pasti punca kejadian.

"Kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memandangkan kejadian melibatkan kematian dan merentasi sempadan Kedah dan Perak," beliau dilapor sebagai berkata.

Semalam, satu hantaran Facebook telah tular mengandungi dakwaan bahawa dua orang meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan setelah memakan laksa yang dijual di Kupang, Baling.

Menurut hantaran tersebut, dua orang mati masing-masing di Gerik dan Ipoh, Perak dan selebihnya dirawat di hospital di Gerik, Baling dan Sik.

Dakwaan itu turut disokong oleh beberapa pengguna Facebook lain yang mendakwa terdapat ahli keluarga mereka yang turut jatuh sakit dan dirawat di hospital selepas memakan laksa dari gerai sama.


Tiada ulasan: