Khamis, 4 Oktober 2018

6 anggota bomba yang maut disembahyangkan di balai bomba

THE MALAYSIAN TIMES
 


SHAH ALAM: Enam jenazah anggota bomba yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana malam tadi, 
disembahyangkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 di sini kira-kira pukul 9.00 pagi ini.

Lebih 500 ahli keluarga, pegawai dan anggota bomba serta kenalan rapat hadir untuk bersama-sama menunaikan sembahyang jenazah.

Yang turut sama menunaikan sembahyang jenazah ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohamad Hamdan Wahid, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Mohammad Mentek, bekas menteri KPKT Tan Sri Noh Omar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Sembahyang jenazah itu diimamkan oleh Penguasa Bomba Unit Agama Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Luqman Ramli.

Terdahulu, kesemua jenazah itu tiba di balai bomba kira-kira pukul 8.40 pagi dari Hospital Serdang.–Bernama


Tiada ulasan: