PAS telah menuntut
penjelasan berhubung lebih 4,000 Projek Mesra Rakyat (PMR) di setiap
parlimen seluruh negara yang telah diluluskan tapi dibatalkan.
Projek-projek tersebut sangat memberikan
faedah langsung kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar tetapi
dibatalkan oleh kerajaan.
PAS telah menunggu penjelasan selama empat hari dari Menteri Kewangan tetapi masih tiada jawapan.
Sebenarnya untuk pengetahuan umum, lebih
4,000 projek tersebut adalah projek khas dan melibatkan peruntukan dana
daripada Kerajaan Persekutuan serta diseliakan oleh Unit Penyelarasan
Pelaksanaan (ICU).
Hanya terdapat beberapa projek sahaja
yang diberikan kepada pejabat daerah sebagai pelaksana tetapi ia masih
lagi tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan.
Selain daripada 4,000 projek yang
dimansuhkan itu, Menteri Kewangan juga harus menjelaskan satu lagi
dakwaan mengenai tuntutan pembayaran projek yang masih tidak dilunaskan
kepada kontraktor Bumiputera berjumlah puluhan juta ringgit.
Berdasarkan maklumat yang diterima,
dalam minggu ini juga, pihak persatuan kontraktor telah menghantar satu
surat tuntutan pembayaran segera kepada pihak ICU.
Semua pembayaran kepada kontraktor
Bumiputera tersebut dikatakan telah disekat oleh Menteri Kewangan. Oleh
itu, PAS menuntut dua isu utama ini dijelaskan dengan segera dan penuh
tanggungjawab oleh Menteri Kewangan.
Islam Memimpin
*NASRUDIN HASSAN. Ketua Penerangan PAS Pusat
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan