Isnin, 13 Ogos 2018

Tengku Arif Bendahara Pahang mangkat

sitifatimah

Almarhum bapa mentua kepada Datuk Seri Hishammuddin meninggal dunia akibat kanser darah


KUALA LUMPUR – Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Abdullah Sultan Abu Bakar, mangkat di Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Jurucakap Istana Pahang memaklumkan, almarhum berusia 78 tahun meninggal dunia pada jam 11.30 pagi akibat kanser darah.

Almarhum, bapa mentua kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diterbangkan ke Pahang jam 3 petang tadi menggunakan Pesawat Charlie di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.

Jenazah akan dibawa ke Makam Diraja, Pekan, untuk disemadikan petang ini sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuantan.

Tengku Abdullah, meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Yusoff dan tiga anak.


Tiada ulasan: