Rabu, 29 Ogos 2018

‘Tidak sangka, ramai mengenali saya’

 
 
KUALA LUMPUR: Calon PAS Dun Seri Setia, Dr Halimah Ali telah siap siaga untuk menggalas tanggungjawab sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mewakili suara undi rakyat di Dun tersebut jika dipilih sebagai wakil rakyat pada 8 September ini.
 
Ujarnya, beliau akan menggunakan pengalaman sebagai Adun Selat Klang selama dua penggl dengan mempraktikkan pengalaman tersebut bagi menyumbang dan memperjuangkan hak rakyat di Dun Seri Setia.
 
Katanya, ketika turun berkempen bertemu dengan rakyat di Dun Seri Setia beliau tidak menyangka rakyat Seri Setia mengenalinya sebagai bekas Exco Pendidikan Negeri Selangor yang pernah menggembleng usaha memberi tuisyen rakyat kepada anak-anak negeri.
 
"Saya tidak sangka, ramai yang mengenali saya dan penerimaan kehadiran saya sangat positif. Ini mungkin kerana saya pernah beberapa kali mengadakan program di kawasan Dun ini misalnya di Kampung Lindungan di sini.
 
“Jadi tidak peliklah, masyarakat di sini dapat menerima kehadiran saya sebagai calon yang bertanding mewakili PAS," katanya.

Ujarnya lagi, sepanjang turun berkempen rata-rata anak muda mengatakan mereka kecewa dengan keadaan yang berlaku dalam kerajaan hari ini yang menabur janji namun tidak dipenuhi. – HARAKAHDAILY


Tiada ulasan: