Isnin, 27 Ogos 2018

Bekas pemimpin MIC akan didakwa ubah wang haram RM6 juta, kata sumber

 
Sumber SPRM berkata, suspek akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. 


Sumber berkata, suspek berusia 64 tahun itu ditahan kira-kira 2.45 petang tadi di pejabat SPRM Johor Bahru.

PETALING JAYA: Seorang bekas naib presiden MIC berpangkat “Tan Sri” yang ditahan atas dakwaan pengubahan wang haram kira-kira RM6 juta, akan dihadapkan ke Mahkamah Johor Bahru, esok, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber SPRM berkata, suspek yang ditahan kira-kira 2.45 petang tadi di pejabat agensi anti-rasuah itu di Johor Bahru, akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Katanya, suspek berusia 64 tahun itu ialah pengarah sebuah syarikat dan pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah tahun lalu.

“Kali ini dia dipercayai terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram, iaitu menerima, memindah dan menggunakan wang haram hasil rasuah menerusi akaun peribadi dan syarikat miliknya, saudara serta proksi.”

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Tiada ulasan: