Oleh Athirah Huda Zalhe
Penganjur tidak hormat sensiviti umat Islam, rakyat Malaysia rai hari kemerdekaan
BANGI
– Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa kerajaan mengambil
tindakan tegas menghalang penganjuran parti gay terbesar yang dirancang
diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September ini, di ibu negara.
Ketua
Pemuda Isma, Muhammad Farid Hussein berkata, pihaknya dengan tegas
mengecam penganjuran seumpama itu diadakan, terutama sewaktu tarikh
penting bagi rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan ke-61, pada 31 Ogos
ini.
Beliau
berkata, walaupun kecewa dengan pendirian Pakatan Harapan berhubung isu
lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), namun Pemuda Isma tetap
mengharapkan kerajaan berpihak kepada gesaan umat Islam supaya
menghentikan pesta berkenaan.
“Kita
tetap mengharapkan kerajaan memandang serius perkara ini, kerana ia
mencetuskan kebimbangan di kalangan umat Islam walaupun kita sudah tahu
pendirian kerajaan dalam menguruskan isu LGBT sebelum ini.
“Pemuda
Isma mengutuk dan mengecam sekerasnya penganjuran gay terbesar itu,
ditambah ketika rakyat Malaysia sedang meraikan hari kemerdekaan negara
pada 31 Ogos ini,” katanya kepada Ismaweb.net pada sidang media Pelancaran Kempen Ini Negara Perjuangan di sini, hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran pesta gay tahunan
terbesar yang dikenali sebagai ‘Parti Resurrection 2018’ di Kuala Lumpur
pada penghujung bulan ini.
Menurut
laman sesawang thegaypassport, parti terbesar itu bakal menghimpunkan
komuniti gay di seluruh dunia, antaranya dari Thailand, Taiwan, China,
Jepun, Sepanyol dan Filipina.
Program
anjuran DivineBliss itu mendapat liputan besar-besaran media
antarabangsa seperti portal Element (Asia leading LGBT media network)
dan The Gay Passport.
Tahun
lalu, penganjuran seumpama ini pernah mengejutkan umat Islam, apabila
parti muzik gay ‘White Party BKK Warm Up’ anjuran DivineBliss yang
dikatakan terbesar di dunia, dirancang diadakan di ibu negara pada 30
September.
Bagaimanapun,
kerajaan Barisan Nasional ketika itu, melalui bekas Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak membenarkan penganjuran
berkenaan diadakan.
Difahamkan,
jualan tiket telah mula dijual sejak Mei lalu, dan Kuala Lumpur menjadi
tuan rumah kedua, di mana tahun 2016 sebagai penganjuran pertama di ibu
negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan