Sabtu, 18 Ogos 2018

Ngo Ummah Kedah bantah pelantikan Azimah dalam MPPK



Ngo Ummah Kedah bantah pelantikan Azimah dalam MPPK



Ngo Gerakan Pembela Ummah Kedah (Ummah) mempersoalkan kebijakan Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malek melantik Datin Noor Azimah Abdul Rahim dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk sesi baru kali ini.



Timbalan Ketua Sekretariat Ummah Kedah, Ir Mohd Jamal Nasir berkata, Azimah pernah mengeluarkan pandangan kontroversi menyanggah tindakan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan menetapkan peraturan pelajar-pelajar Islam hendaklah menunaikan solat sebelum pulang ke rumah masing-masing.

“Hasrat untuk menganjurkan pelajar menunaikan solat pun beliau halang, tidak mustahil dia juga boleh mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan melarang pihak sekolah menganjurkan program-program bersifat pembinaan kerohaniaan seperti qialmullail, kem ibadat, tadrrus Al Quran serta melarang pemakaian tutup aurat bagi pelajar muslim.

“Ummah Kedah ingin mengingatkan, ibubapa jangan ambil risiko dan memandang remeh isu yang dibangkitkan ini. Di era Malaysia baru ini serba kemungkinan boleh berlaku kerana punca kuasa dalam pemerintahan adalah terletak ditangan bukan Islam, ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Menteri Pendidikan perlu jelas bahawa fahaman liberisme adalah dalam bakul yang sama dengan fahaman maupun pergerakan pluralisme, feminisme, kebebasan bersuara, hak asasi manusia, LGBT, kristianisasi serta Evangelis yang mensasarkan merosakkan pegangan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Justeru beliau bimbang dengan penglibatan personel berfahaman Islam liberal di dalam pasukan Penasihat Pendidikan Kebangsaan, akan menampilkan idea-idea yang boleh mengubah Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada, di samping menerapkan nilai-nilai fahaman Islam liberal yang jelas bertentangan dengan tuntutan syariat.

Tegas beliau, ibubapa, PIBG, Kesatuan Guru, Ngo-Ngo pendidikan Islam perlu bangkit menyatakan bantahan berhubung pelantikan personel tersebut.

“Kita perlu memberi tekanan dan desakan kuat kepada pihak Menteri dan Kementerian Pendidikan supaya menggugurkan pelantikan Noor Azimah dalam pasukan Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

“UMMAH Kedah berpendirian bahawa mana-mana individu mengganut fahaman Islam liberal tidak perlu di beri tempat strategik untuk menentukan halatuju dasar dan sistem pendidikan kebangsaan termasuk juga di kementerian lain yang melibatkan hal ehwal pembangunan manusiawi, tegasnya.

Menteri Pendidikan, Dr Maslee Malek mengesahkan pelantikan seramai tujuh personel dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2018-2020 berkuatkuasa pada 1 Ogos 2018 ini.

Datin Noor Azimah Abdul Rahim, juga merupakan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), juga anggota pergerakan G25 melibatkan 25 orang (ketika penubuhannya) yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Muslim Moderate’ sering membuat kenyataan tentang beberapa perkara berkaitan sistem perundangan Malaysia, kedudukan institusi agama Islam, pentafsiran hukum fiqh selari dengan fahaman Islam Liberalis dan Sekular.

Tiada ulasan: